Thursday, 2 October 2014
ALIFF AZIZ BAKAL DIDAKWA?
Penyanyi dan juga pelakon yang berasal dari Singapura Aliff Aziz sering mencetuskan kontroversi dan yang terbaru dia dikatakan telah melakukan kes jenayah.
Menurut laporan akhbar Berita Harian edisi Singapura, Aliff Aziz bakal berdepan dengan hukuman penjara selama 20 hari sekiranya gagal melunaskan denda berjumlah $2,000 berikutan kesalahan mencuri tiga buah telefon bimbit.
Manakala bagi kesalahan mencuri, Aliff boleh dikenakan hukuman penjara sehingga tiga tahun, denda atau kedua-duanya.
Kesalahan itu dilakukan pada Mei lalu apabila dia mencuri dua telefon berjenama HTC One dan Samsung Note 1.
Aliff dan seorang rakannya telah didapati bersalah kerana mencuri telefon pintar tersebut daripada dua individu berbeza iaitu Yong Kit Siong dan Muhammad Nurazlee Roslee.
Kejadian tersebut berlaku sekitar jam 12.01 tengah malam pada 24 Mei lalu di Blok 36, Tanglin Halt Road.
Aliff didakwa di mahkamah buat pertama kali pada 16 Ogos lalu.
Sumber: Berita Harian Singapura
Wednesday, 24 September 2014
NEELOFA DIDAKWA MENCIPLAK REKAAN TUDUNG
Nampaknya kini sedang hangat diperkatakan tentang tudung Naelofarhijab yang dimiliki oleh pelakon terkenal Neelofa.
Melalui satu forum popoular di Malaysia, Cari.com.my, isu ini telah dipost oleh pengguna laman tersebut yang menggunakan nama miss_lavender.
Menurut apa yang ditulis oleh miss_lavender, tudung Naelofarhijab bukan idea original. Menurut kaji selidik yang dibuat oleh miss_lavender ini, pemilik idea asal tudung tersebut adalah seorang lelaki yang bernama Zharin Hariz yang membuka butik jenama Sastra Hijab.
Satu hari, Neelofa dan keluarga datang untuk membeli belah disana. Dan beberapa hari lepas, terbongkar sudah yang Neelofa bukan sekadar datang shopping ke kedai berkenaan, tapi juga turut 'shopping' idea tudung kedai itu! Berikut adalah keratan status oleh designer tersebut di FB.
Jadi, sebabkan bengang, si pemilik kedai aka designer asal rekaan tudung tu telah membuat teguran secara personal kepada Neelofa terlebih dahulu. Tapi, bukan sahaja teguran tu tak berbalas, si penegur tu siap di blok dari akaun Neelofa.
Oleh kerana buntu, designer itu tak ada pilihan lain selain 'mengattack' brand tudung NaelofarHijab. Dia juga turut menarik beberapa rakan designernya untuk sama-sama berjuang membela nasibnya.
Dari forum tersebut juga, miss_lavendar melontarkan beberapa pesanan kepada Neelofa :
pesanan KEPADA CIK NEELOFA....
1. Look like you are loosing some people of your fan.. Walaupun mungkin hanya seorang dua fan Neelofa dikalangan pengikut designer tersebut, but u need to appriciate every single person of you fan... this is not good for your carear.
2. Masa mula2 klua dekat industri, Neelofa pernah ada masalah dengan designer jugak kan.... kalau tak silap Nurita Harith sentap sebab Neelofa tak reti jaga baju dan tak appriciate tajaan beliau. Mungkin geng2 designer ada yang dah pangkah ngan Neelofa sebab tu walau modal tebal, tapi takde siapa nak bekerja sama.... nampaknya Neelofa ni kalau setakat nak bukak kedai, jadi distributor or jual baju lambak kat makcik makcik kat kampung, boleh la... but nak cipta jenama ekslusif nak lawan House of Doll, memang tak mampu... eh... (I bukan kipas mati miss fake)
3. Lopa, jangan ingan U are straight A in SPM, dan jgn ingat u menang dewi remaja, jangan ingat u dah bertudung... so u wanita dipuji semulia-mulia alam. Tolong jangan merosakkan imej wanita muslimah bertudung sopan santun kalau nak menipu ciplak design orang macam ni..
4. I yang merangkap pemilik butik, penggiat dalam industri fesyen ni nak nasihatkan, TOLONG guna kelulusan straight A SPM anda untuk mohon masuk universiti belajar design kelas fesyen jahit baju design baju/tudung.. jangan sesedap sesuka hati je menciplak design orang. Kalau dah suka sangat, dan nak jadi distributoor atau duta untuk bisness orang pun tolong lah ketuk pintu cara baik, mintak elok-elok. Producekan jenama sendiri base on your bakat, base on kepala otak bijak 10A kau tu. Dont be bimbo copy cat jer. Sia-sia je ko belajar susah susah dapat 10A. Tapi kepala otak nak buat design baju pun tak mampu. Neelofa, you are not Beauty with brain.
5. Neelofa, sila improve your PR skill... dan sila bergaul dengan intelektual fesyen. Kumpul banyak networking dari orang fesyen. Bukannya hang dok kumpul musuh.
Selain dari itu, dia juga turut memberi kata-kata semangat kepada designer idea asal tudung tersebut:
Dan kepada adik designer,
akak gitu... I want to see you fight your right. at least ko buatkan sampai neelopa kena hadap sembah mahayam buat press conference mintak maaf kat kau macam dia buat pada Anzalna dulu. Sila ajar orang yg sesuka hati ciplak hasil orang lain ni bahawa this is MALYSIA, not THAILAND or CHINA yang sesuka hati boleh copy & paste.
Kami sebenarnya tidak sabar untuk menunggu respon Neelofa terhadap dakwaan ini. Jika benar rekaan tudung itu diciplak, kesian yang amat lah kepada designer ni.. Baru nak naik tapi dah kena macam ni..hurmm
Super Junior Bakal Buat ‘Comeback’ Hujung Bulan Ini

Yeayy! Berita baik buat peminat kumpulan K-Pop terulung, Super Junior. Kami dengar, barisan jejaka kacak ini akan membuat kemunculan semula tak lama lagi.Ini berita betul, bukan tipu tau!. Menurut portal Soompi, Super Junior mungkin akan membuat comeback seawal hujung bulan ini. Wah! Tak sabarnya.
Menurut sumber, kumpulan yang dianggotai 10 anak muda ini sudahpun menyusun semua jadual mereka untuk merealisasikan impian tersebut.
Rihanna jadi Mangsa Sebar Gambar Bogel Terbaru

SEHARI selepas gambar panas Kim Kardashion tersebar di laman sosial, kini giliran penyanyi Rihanna pula menjadi mangsa.Seperti dilaporkan Entertaiment News, foto bogel Rihanna mula tersebar di laman web Reddit dan 4Chan sejak minggu lalu.
Bagaimanapun, gambar tersebut dibuang daripada kedua-dua laman web tersebut beberapa jam selepas dimuat naik.Namun malangnya, gambar tersebut berjaya di rakam dan telah disebarkan oleh pengguna laman web dan laman sosial lain.
Sehingga kini, belum ada sebarang kenyataan rasmi berhubung perkara itu dikeluarkan oleh pihak pengurusan penyanyi itu.Sebelum ini, beberapa bintang Hollywood seperti Jennifer Lawrence dan Ariana Grande pernah menjadi mangsa. Difahamkan ini bukan kali pertama gambar bogel Rihanna tersebar secara meluas, penyanyi ini pernah menjadi mangsa pada tahun 2009.
sumber:mStar
Subscribe to:
Comments (Atom)
